Dr Bumbum diburu polis

0
428
Advertisement



RIO DE JANEIRO: Pakar bedah selebriti untuk mencantikkan punggung di Brazil, melarikan diri susulan kematian seorang pesakitnya beberapa jam selepas menjalani prosedur kosmetik di rumahnya di bandar raya Rio de Janeiro.

Denis Furtado, yang digelar Dr Bumbum, dianggap mampu melakukan keajaiban ke atas tubuh wanita, terutama di punggung, dan menjadi terkenal di seluruh negara itu kerana kepakarannya.

Akaun Instagram mencerminkan populariti pakar bedah berusia 45 tahun itu dengan 650,000 pengikut.

Namun kini beliau diburu polis selepas Lilian Quezia Calixto, meninggal dunia beberapa jam selepas pembedahan mencantikkan punggung di rumah di kawasan kejiranan Barra de Tijuca.

Calixto melakukan perjalanan 2,000 kilometer dari rumahnya di Cuiaba untuk bertemu Furtado, tetapi selepas disuntik dengan pembesar akrilik kaca kontroversi, Calixto mula jatuh sakit.

Sebaik tiba di hospital Ahad lalu, beliau mengalami degupan jantung laju dan hipertensi, dan selepas empat serangan jantung, Calixto meninggal dunia.

Tidak lama kemudian, Furtado menghilangkan diri dan kini dikehendaki kerana disyaki membunuh dan perlakuan jenayah.

Teman wanitanya, yang didakwa media ialah pembantu Furtado, kini ditahan.

Menurut laman web GI, Furtado didakwa polis empat kali menjalankan amalan perubatan secara tidak sah dan jenayah terhadap pengguna. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here