Drama kepungan di hotel mewah Kabul berakhir, semua penyerang ditembak mati

0
113
Advertisement

KABUL: Pasukan Bersenjata Khas Afganistan akhirnya berjaya mengambil alih semula sebuah hotel mewah di ibu kota Kabul selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata pada lewat Sabtu.

Anggota terakhir daripada kumpulan tiga penyerang yang menyerbu Hotel Intercontinental Kabul itu ditembak mati pada pagi Ahad selepas menjadikan beberapa orang awam sebagai tebusan.

Dua penyerang tersebut sebelum itu ditembak mati pada Sabtu. Laporan awal menyatakan terdapat empat penyerang yang menyerbu hotel tersebut.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish berkata sekurang-kurangnya lima orang awam maut dalam kejadian tersebut manakala enam lagi cedera.

Tambahnya 153 orang termasuk 41 warga asing berjaya diselamatkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here