Drop Shot: June Wei pilihan tepat ganti Chong Wei

0
390
Advertisement



Minggu lalu kita dikejutkan dengan keputusan pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada beraksi di Kejohanan Dunia serta Sukan Asia di Jakarta.

Menerusi satu kenyataan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chong Wei memberi alasan menghadapi masalah pernafasan yang mungkin menjejaskan aksinya sekiranya beraksi di kedua-dua kejohanan itu.

Ironinya, Chong Wei masih belum mampu muncul juara baik di Kejohanan Dunia mahupun Sukan Asia. Jadi sudah pasti alasan yang diberikan itu bukan main-main.

Lumrah orang kita, pada ketika Chong Wei sudah memberikan alasannya, banyak juga versi menyatakan mengenai sebab jaguh perseorangan negara itu menarik diri daripada kedua-dua kejohanan berkenaan.

Apapun bagi saya ruang seharusnya diberikan kepada Chong Wei. Sekiranya beraksi di kedua-dua kejohanan itu tanpa dapat cergas sepenuhnya, sudah pasti ia juga akan menjejaskan prestasi Chong Wei.

Dan andai itu benar-benar berlaku, dia juga bakal berdepan cemuhan dan kecaman daripada orang ramai terutama nitezen di media sosial. Begitulah kehidupan seorang pemain berstatus bintang.

Apa saja keputusan yang diambil pasti memberi impak besar. Ketika di Kejohanan Dunia kita hilang seri tanpa pembabitan Chong Wei, Sukan Asia menyaksikan Cheam June Wei dipilih untuk menggantikan bekas pemain nombor satu dunia itu.

Bagi saya ia satu keputusan yang tepat dilakukan oleh BAM. Sebab sampai bila harus bersandarkan kepada Chong Wei saja. Beranilah sikit. Jumpa lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here