Dua cedera jatuh motor pertahan beg diragut

0
89



Georgetown: Hanya kerana mempertahankan beg tangan daripada diragut, dua beradik terpaksa menahan azab apabila cedera selepas terjatuh dari motosikal di Jalan SP Cheliah, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang, lelaki berusia 57 tahun cedera di bibir, dagu, lengan serta lutut kanan manakala kakaknya 60-an cedera di tapak tangan kanan.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa dan kakaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Tembak, di sini, selepas selesai bersembahyang di sebuah tokong berhampiran lokasi kejadian.

“Ketika itu, seorang lelaki berbadan besar menunggang motosikal merampas beg tangan yang diletakkan dalam raga dan mangsa cuba menarik beg terbabit, namun gagal menyebabkan dia dan kakaknya terjatuh.

“Suspek memecut motosikalnya bersama beg mangsa dan dua beradik terbabit kemudian dibantu orang awam di kawasan berhampiran,” katanya.

Sumber berkata, siasatan mendapati dalam beg tangan terbabit hanya mengandungi syiling berjumlah RM5, payung, sebotol minyak angin dan buku pemeriksaan kesihatan.

“Hasil keterangan, mereka mendakwa tidak mengecam wajah dan hanya memberitahu suspek berbadan gemuk,” katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here