Dua hari tak keluar rumah lelaki ditemui mati di kusyen

0
66



Sungai Petani: Misteri seorang lelaki tidak keluar rumah selama dua hari terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di atas kusyen di ruang tamu rumahnya di Taman Kempas, di sini, semalam.

Mayat Chua Lee Wah, 57, ditemui kira-kira jam 8 pagi oleh jirannya yang pelik selepas si mati tidak keluar rumah sejak dua hari lalu.

Jiran yang mahu dikenali Chin, 50, berkata, lazimnya setiap hari jam 6.30 pagi mangsa akan keluar rumah dan duduk di atas bangku hadapan rumahnya sambil berbual dengan dia dan penduduk lain.

“Dia juga selalu minta saya dan jiran lain membeli juadah sarapan pagi dan akan masuk dalam rumahnya sebaik makanan yang dipesan sampai.

“Kali terakhir saya melihatnya pagi Jumaat lalu ketika dia berbual dengan jiran hadapan rumahnya.

“Tapi, sejak pagi Sabtu dan semalam (kelmarin), kami tidak nampak dia keluar dari rumahnya dan surat khabar di hadapan pintunya juga tidak diambil menyebabkan kami berasa pelik kerana dia akan keluar rumah biarpun kurang sihat.

“Saya meminta anak perempuan supaya memanggilnya, namun panggilan itu tidak dijawab, menyebabkan saya beritahu jiran lain,” katanya ditemui di rumahnya semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here