Dua kali terlepas dari pengusung

0
57



Lima: Rakaman video ini menunjukkan seorang remaja yang hamil dan dalam keadaan separuh sedar terjatuh dua kali akibat kecuaian anggota paramedik yang membawanya keluar dari ambulans.

Remaja berusia 16 tahun itu dibawa keluar dari ambulans menaiki pengusung untuk dipindahkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dalam kejadian di Hospital El Carmen, Huancayo, Peru.

Namun ketika pengusung itu dibawa dari ambulans, seorang paramedik berkenaan terlepas pegangannya menyebabkan remaja berkenaan jatuh mengiring ke lantai.

Selepas mengangkatnya, mereka membetulkan kaki pengusung itu untuk membawa remaja terbabit masuk ke hospital.

Malangnya, kaki pengusung berkenaan terlipat menyebabkan mangsa sekali lagi jatuh ke lantai.

Remaja itu akhirnya berjaya dibawa masuk ke hospital, tetapi kejadian itu berjaya dirakam seorang saksi.

Susulan itu, Pengarah Hospital El Carmen Manuel Adrian Acosta berkata, pesakit yang tidak dinamakan itu kini dalam unit rawatan rapi manakala bayinya dilahirkan secara caesarean. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here