Dua kanak-kanak kayuh 5 jam untuk lawat bapa di penjara

0
30

DUA adik beradik dari Si Saket, Thailand mengayuh basikal hampir 5 jam bagi melawat bapa mereka di penjara, namun hampa apabila mendapati ia bukannya hari melawat. 

Kisah menyentuh hati ini viral di media sosial selepas ia dikongsi oleh salah seorang pengawal keselamatan penjara itu di Facebook, dua hari lalu.

Apichai Manthon berkata dua beradik itu mengayuh basikal sejauh 50 kilometer semata-mata untuk melawat bapa mereka pada hinggu minggu.

“Mereka meninggalkan rumah pada jam 7.30 pagi dan tiba di penjara pada 12.10 petang. Saya rasa kesian pada mereka kerana hari ini bukan hari melawat,” tulis Apichai sambal berkongsi sebuah video rakaman.

Difahamkan, telefon bimbit yang dimiliki oleh dua budak itu turut pecah kerana terjatuh dalam perjalanan. 

Apabila ditanya mengenai ibu mereka, dua budak itu berkata mereka menetap bersama neneknya dan ibu mereka kini berada di Bangkok.

Oleh kerana Apichai tidak boleh membenarkan mereka masuk, jadi dia membawa mereka berdua ke pejabat, dimana tarikh bebas bapa mereka dimaklumkan.

“Mereka sangat gembira apabila mendapat tarikh bapa mereka akan dibebaskan. Saya sangat tersentuh dengan kasih sayang yang mereka tunjukkan. Saya hampir menangis,” kata Apichai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here