Dua lelaki gay dihukum sebat

0
189
Advertisement



Banda Aceh: Dua lelaki yang didapati bersalah melakukan hubungan seks sejenis dihukum sebat di khalayak awam di sebuah masjid di sini semalam.

Pasangan itu masing-masing disebat sebanyak 83 kali selepas didapati bersalah melanggar undang-undang syariah di wilayah Aceh.

Dua lelaki berusia 20 dan 23 tahun itu dibawa menaiki sebuah pentas di luar sebuah masjid di sini di hadapan ratusan penduduk.

Identiti dua pesalah itu tidak didedahkan dan mereka memakai jubah putih serta menundukkan kepala ketika disebat oleh seorang petugas yang menutup muka.

Sekurang-kurangnya lapan lelaki dan wanita turut dihukum sebat semalam atas pelbagai kesalahan seperti berkhalwat, berjudi dan minum arak.

Sebelum hukuman dilaksanakan, anggota majlis ulama Aceh, Abdul Gani Isa memberitahu penduduk bahawa hukuman itu adalah pengajaran kepada orang ramai.

“Hukuman dalam undang-undang syariah dilakukan untuk memberi pengajaran dan tidak mencabuli hak asasi manusia,” katanya.

Kedua-dua lelaki itu ditangkap penduduk sebuah kampung di Aceh ketika melakukan hubungan seks sejenis di sebuah rumah sewa. – AFP

SHARE
Previous articleTangguh dulu
Next articleAhok tak merayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here