Dua letupan gegarkan Jakarta

0
58


DUA letupan menggegarkan terminal pengangkutan awam di ibu negara Indonesia hari ini, menyebabkan beberapa kematian. – Foto REUTERS

JAKARTA: Dua letupan menggegarkan terminal pengangkutan awam di ibu negara Indonesia hari ini, menyebabkan beberapa kematian, kata polis.

“Dua letupan berlaku kira-kira jam 9 malam, amat hampir antara satu sama lain dan ada tiga mangsa.

“Berdasarkan kerosakan saya boleh nampak letupan memang besar,” kata Ketua Polis Jakarta Timur, Andry Wibowo, kepada stesen televisyen MetroTV, tanpa menyebut mangsa terbunuh atau cedera.

Polis berkata, letupan disyaki perbuatan pengebom nekad. – AFP/Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here