Dua Lipa cukup teruja tiba di Kuala Lumpur, sempat minum air kelapa

0
522
Advertisement

SEPERTI semua maklum, penyanyi antarabangsa Dua Lipa kini sudah berada di Kuala Lumpur sempena konsert jelajahnya hari ini.

Menerusi kemas kini di Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu New Rules itu sempat berkongsi beberapa keping gambar buat peminatnya.

“We made it to Kuala Lumpur,” tulisnya dalam entri bersama beberapa teman rapatnya.

Penyanyi keturunan Albania itu turut memuat naik gambar sedang menikmati air kelapa di lokasi popular di Kuala Lumpur.

Malah, Dua Lipa sempat melawat beberapa buah tempat menarik sekitar ibu kota.

Perkongsian itu mendapat reaksi teruja dalam kalangan peminatnya dan mengalu-alukan kedatangannya ke Malaysia.

BACA JUGA: ‘Ayah babi’ – netizen serang insta Dua Lipa

Dua Lipa bakal mengadakan konsert sulung di KL Live, Kuala Lumpur pada malam ini selepas kali terakhir beraksi di Festival Good Vibes di Genting Highlands pada Ogos tahun lalu.

Malaysia menjadi salah satu destinasi bagi siri jelajah Self-Titled sebagai promosi kepada albumnya, bertajuk Dua Lipa yang terbit tahun lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @dualipa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here