Dua malam paling gelap dalam hidup saya – Cerita Aliff dalam lokap

0
18

DUA malam ditahan di lokap balai polis Dang Wangi, pelakon yang terpalit dengan kontroversi ‘mengasari’ isterinya, Aliff Aziz, 26, mengakui tempoh itu paling panjang dalam hidupnya.

Bercerita mengenai pengalaman ditahan di lokap pada Jumaat lalu, Aliff mengakui detik itu juga digunakan untuk mendekati Ilahi.

“Ini pengalaman pertama saya dan situasi ditahan polis ini bukan perkara main-main. Di dalam sana betul-betul telah membuka mata saya.

“Penahanan saya itu satu mesej dari Tuhan. Di dalam sana semua ada cerita masing-masing, dalam keadaan itu saya faham dan saya dapat ruang untuk ‘bercerita’ kepada-Nya. Saya lebih banyak berdoa.

It”s a very sadly place to be. Dua malam ditahan di dalam lokap dirasakan tempoh paling lama, hitam dan gelap dalam hidup saya. Rasa seperti dua minggu!

“Saya tidak dapat membayangkan perasaan bermalam di lokap bertahun-tahun. Saya bersyukur Tuhan hantarkan seseorang bergelar isteri yang tabah dan baik. Bukan mudah nak memperbaiki kerosakan yang sudah saya lakukan,” katanya pada sidang media di Shah Alam, Selangor semalam.

Jumaat lalu, Aliff ditahan polis selepas didakwa mengasari isterinya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur.

BACA: Cederakan isteri dalam pantang, penyanyi popular ditahan

Sebelum kejadian, Bella ditemani ibunya telah ke pusat hiburan itu selepas mendapat tahun suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

BACA: Didakwa jadi orang ketiga, Afifah Nasir tutup ruangan komen di Instagram

BACA: Bella masih sayangkan Aliff, tidak terfikir untuk bercerai

BACA: ‘Ya, saya salah…’ – Aliff Aziz

BACA: Stay strong Bella, umur muda tetapi matang! – Netizen puji sikap isteri Aliff Aziz

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here