Dua maut, 75 cedera dalam serangan bom sebelum tunai solat Jumaat

0
135
Advertisement

BENGHAZI: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 75 yang lain cedera dalam satu serangan bom di sebuah masjid di Benghazi, Libya pada Jumaat.

Menurut saksi kejadian serangan berlaku sebelum solat Jumaat di Masjid Saad Ibn Ibada.

PIhak berkuasa mengesahkan terdapat dua butir bom yang diletakkan di sebuah bilik berasingan dari dewan solat masjid yang terletak di antara daerah Al-Majouria dan Berka terbabit.

Buat masa ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Ia merupakan serangan kedua yang dilakukan untuk tahun ini selepas yang pertama pada Januari lalu apabila serangan bom berkembar menggunakan sebuah kereta mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang di sebuah masjid di Salmani, Benghazi.

Serangan terbabit didakwa dilancarkan kumpulan pemberontak yang yang dipimpin anggota militan Khalifa Hifter.

Libya menyaksikan episod pemberontakan sejak penggulingan dan pembunuhan Muammar Gaddafi pada 2011.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here