Dua maut dalam insiden letupan di Jakarta

0
64



KUALA LUMPUR: Dua disahkan maut dalam kes letupan bom di Terminal Kampung Melayu, Jakarta Timur, Indonesia pada jam 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia), lapor media antarabangsa.

Laporan awal mengatakan dua ledakan yang berselang lima minit itu terjadi di tandas bangunan terminal.

Saksi kejadian melihat terdapat anggota tubuh yang berkecai di lokasi letupan.

Seorang anggota polis turut mengalami kecederaan di bahagian kepala. Beberapa orang awam turut dilaporkan cedera.

Sementara itu, pihak berkuasa dan ambulans sudah bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan, memandangkan ramai penduduk kampoung cuba mendekati kawasan itu untuk melihat keadaan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here