Dua maut ditikam dalam tren kerana pertahan wanita berhijab

0
53

OREGON: Dua lelaki di Portland, Amerika Syarikat maut ditikam dalam tren komuter ketika cuba mempertahankan dua wanita Islam yang diganggu.

Menurut saksi, suspek yang berumur 35 tahun menggunakan kata-kata bersifat perkauman terhadap mereka, dengan seorang daripada wanita itu memakai hijab.

Melihat kejadian, dua penumpang lelaki cuba mempertahankan dua wanita terbabit menyebabkan suspek marah dan bertindak menikam mereka.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat serangan itu.

Polis berkata suspek Jeremy Joseph Christian mempunyai rekod jenayah lampau dan terkenal dengan sifat anti perkauman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here