Dua Maut Pasang Bendera Parti Politik

Dua Maut Pasang Bendera Parti Politik. Dua rakan yang bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila kabel elektrik yang bervoltan tinggi menyambar buluh yang digunakan semasa menggantung bendera itu. Kejadian berlaku di Tanah Merah melibatkan Rosli Hussin, 47 dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37.

Dua Maut Pasang Bendera Politik

Selepas terkena renjatan, kedua-dua mereka terjatuh dan pengsan. Mereka disahkan mati di tempat kejadian. Kedua-dua mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar kepada Rosli Husin menceritakan peristiwa malam itu di mana Rosli bersama empat rakannya yang lain ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setinggi 12 meter untuk menaikkan bendera. Kejadian yang berlaku tengah malam itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood.

Orang ramai khasnya penyokong parti politik dinasihatkan supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri.

Leave a Comment