Dua nelayan hilang dalam dua kejadian bot karam di Pontian

0
70


PONTIAN: Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki karam akibat ribut dalam dua kejadian berasingan di perairan Pontian, Johor, pada Jumaat.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada jam 11 pagi di perairan Rambah, manakala kejadian kedua sekitar waktu sama di perairan Pontian.

Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru, Kapten Maritim Syed Nur Adli Ab Rahman menerusi kenyataan media berkata panggilan kecemasan diterima memaklumkan seorang nelayan hilang selepas bot dinaiki bersama seorang lagi rakan terbalik.

Ketika kejadian, mangsa Muhammad Atif Abd Manaf, 28, dan rakannya dipercayai sedang menangkap ikan sebelum angin ribut tiba-tiba membadai bot mangsa hingga terbalik.

Rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai, manakala Muhammad Atif pula tidak dapat dikesan.

Pasukan penyelamat melibatkan beberapa agensi iaitu Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam dan turut dibantu nelayan tempatan.
Sementara itu, kejadian kedua berlaku kira-kira 1.8 kilometer dari barat Sungai Pontian Kechil melibatkan sebuah bot pukat tunda.

Dalam kejadian itu, empat kru berjaya diselamatkan bot nelayan manakala mangsa yang dikenali sebagai Amy, 20, masih dicari pasukan penyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan sejurus laporan diterima.

Pasukan penyelamat melibatkan beberapa agensi iaitu Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam dan turut dibantu nelayan tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here