Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancar pada Oktober

0
20

NEW YORK: Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancarkan Oktober ini, sempena ulang tahun ke-20 penerbitan buku tersebut yang disambut 26 Jun lalu.

Pameran perpustakaan berjudul ‘A History of Magic,’ yang menampilkan dua buku Harry Potter akan dibuka dari Oktober 2017 hingga Februari 2018, kata syarikat penerbitan British, Bloomsbury pada Selasa.

Pembaca novel ‘Harry Potter: A History of Magic – The Book of Exhibition‘ akan dapat mengikuti kurikulum di sekolah sihir Potter, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.

Manakala, novel ‘Harry Potter – a Journey Through a History of Magic‘ akan menceritakan hal-hal mistik, seperti alkimia, unicorn, dan sihir kuno.

Kedua-dua buku yang diterbitkan oleh Perpustakaan British ini akan turut memaparkan lakaran ghaib dan manuskrip oleh pengarang J.K. Rowling, ilustrasi ajaib oleh Jim Kay dan artifak dari arkib perpustakaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here