Dua parah selepas peranti yang dikutip meletup

0
17
Advertisement

STOCKHOLM: Dua cedera parah apabila tindakan mereka untuk melihat peranti yang dijumpai di atas tanah berhampiran Stesen keretapi bawah tanah di Stockholm meletup.

Dua individu tersebut merupakan seorang lelaki berusia 60 tahun dan seorang wanita 45 tahun.

Bagaimanapun pihak berkuasa Sweden tidak mendedahkan indentiti sebenar kedua-duanya.

Tidak dapat dipastikan setakat ini sama ada letupan itu disengajakan atau tidak selain pihak polis sedang melakukan siasatan.

Polis bagaimanapun percaya letupan itu tiada kaitan dengan sebarang unsur keganasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here