Dua penjenayah ditembak mati, 2 lagi ditahan

0
40



Polis Kelantan menumpaskan empat penjenayah warga asing dengan dua daripadanya ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Salor Baru di Kota Bharu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata dalam kejadian pukul 10 malam tadi, kereta yang dinaiki suspek dikatakan terserempak dengan polis di Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, sebelum mereka bertindak memecut kenderaan melarikan diri.

Bagaimanapun, polis mengejar kereta suspek kira-kira lima kilometer dari Wakaf Che Yeh sehingga ke Jalan Salor Baru sebelum kenderaan penjenayah memasuki satu lorong dan berlaku kejadian berbalas tembakan, katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Mohamad Fakri berkata dalam kejadian itu, dua penjenayah ditembak mati di lokasi kejadian manakala dua rakan mereka berjaya lagi ditahan.

Katanya, daripada pemeriksaan rekod polis, mendapati empat penjenayah itu terbabit dalam kes samun bank dan memiliki lapan rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis.

“Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata polis akan membuat siasatan lanjut berkaitan kes terbabit.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here