Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas

0
27



Gerik: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam dua kejadian berasingan di Jalan Raya Gerik-Jeli dekat Gerik, di sini, kelmarin.

Kejadian pertama berlaku di Kilometer (KM) 13 jalan raya berkenaan pada jam 11.30 pagi apabila mangsa menunggang motosikal BMW GS seorang diri dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan.

Mangsa dikenali sebagai Amran Shuib, 50, beralamat Nombor 4, Tingkat Siakap 1, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan mendapati motosikal ditunggang mangsa terbabas ke bahagian kanan jalan sebelum terperosok masuk ke dalam parit manakala mangsa tercampak ke dalam longkang.

“Mangsa yang parah di kepala, patah tangan dan kaki kiri dikejarkan ke Hospital Gerik (HG), bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya.

Ismail berkata, seorang lagi mangsa penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dikenali sebagai Shahrim Saad, 50, berasal dari Simpang Empat, Permatang Buloh, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mangsa menunggang motosikal dari Gerik ke Jeli dan dibonceng anaknya dikenali sebagai Muhammad Irfan Farihin Shahrim, 24 .

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi di KM 20 jalan raya itu ketika mangsa yang menunggang motosikal BMW F800R ke Kelantan secara konvoi, sebelum terbabas sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here