Dua polis ditikam selepas solat

0
48



Jakarta: Polis menembak mati seorang lelaki yang menikam dua anggota polis yang baru selesai solat di sebuah masjid berhampiran ibu pejabat polis Indonesia di sini kelmarin.

“Penyerang baru selesai solat Maghrib bersama beberapa anggota polis dan jemaah lain sebelum dia menikam dua anggota polis berkenaan,” kata jurucakap polis, Rikwanto.

Menurutnya, penyerang itu melarikan diri ke sebuah terminal bas dan enggan menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Suspek mengancam untuk menyerang polis dengan menggunakan bayonet. Selepas tembakan amaran dibuat, polis terpaksa menembak mati lelaki itu,” jelasnya.

Dua anggota polis itu ditikam di leher dan muka kini dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

“Motif dan identiti penyerang masih disiasat,” kata seorang lagi jurucakap polis, Setyo Wasisto.

Kejadian itu adalah serangan kedua dalam tempoh seminggu terhadap anggota polis oleh suspek militan Daish.

Pada 25 Jun lalu, seorang anggota polis maut selepas ditikam dua lelaki di ibu pejabat polis di Medan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here