Dua terbunuh dalam insiden pengeboman bunuh diri di utara Afghanistan

0
23

MAZAR-I-SHARIF: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala dua lagi cedera selepas satu insiden pengeboman bunuh diri berlaku di sebuah hotel di bandar Mazar-i-Sharif, ibu kota wilayah yang terletak di utara Afghanistan pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber.

Letupan itu berlaku pada kira-kira 7 pagi waktu tempatan berhampiran Masjid Biru dalam kejiranan di pusat bandar tersebut, kata sumber keselamatan tersebut kepada Xinhua yang tidak mahu identitinya didedahkan.

“Maklumat asal mendapati penyerang terbabit dan tiga orang lain terbunuh manakala dua lagi cedera tetapi kita tidak mempunyai butiran lanjut. Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat,” kata sumber itu.

Saksi berkata mereka terdengar letupan kuat di pintu masuk hotel yang terletak di kawasan sesak.

Pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Sasaran serangan itu belum diketahui dan tidak ada lagi  kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.  

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here