Dua terbunuh dalam serangan udara terbaharu Yaman

0
85
Advertisement

SANAA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera dalam serangan udara di Sanaa, Yaman.

Serangan pada Ahad itu mensasarkan ibu pejabat polis yang dikawal pemberontak Houthi.

Menurut saksi, ketika serangan, orang ramai sedang sibuk berurusan termasuk penduduk yang mengemaskini cap jari dan mereka yang ingin melakukan perjalanan keluar dari bandar itu.

“Kami tidak sedar kehadiran pesawat terbabit, tiba-tiba sahaja ia berlalu dan mensasarkan bangunan tersebut.

“Di dalam bangunan itu terdapat ramai orang yang sedang berurusan dan tiada siapa tahu apa yang berlaku sehingga sekarang.

“Tiada siapa tahu berapa ramai lagi yang cedera atau maut,” jelas saksi kejadian Hussein Al-Ziyadi.

Sementara itu, menurut seorang petugas yang mengalami kecederaan ringan, dia sedang bertugas ketika serangan berlaku.

“Ketika pesawat terbabit melancarkan serangan kami semua sedang sibuk dengan tugas masing-masing,” jelas Abdel Aziz Rageh.

Menurut laporan media tempatan Saba News Agency, tentera pakatan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi dan Amerika Syarikat telah melancarkan 16 serangan udara ke beberapa wilayah sejak 24 jam lalu termasuk serangan di Sanaa.

Selain itu, dua serangan udara dilaporkan berlaku di wilayah Saada dan sekitarnya, manakala dua serangan udara lain dilancarkan di daerah Azhor di sempadan Razeh.

Namun buat masa ini belum ada sebarang maklumat lanjut berhubung bilangan korban nyawa dan mereka yang cedera di dua wilayah terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here