'Dulu 120kg, sekarang 102kg' – Ippo Hafiz mahu turun lagi 20kg

0
374
Advertisement

PENYANYI yang terkenal dengan lagu runut bunyi, Ippo Hafiz kini sedang giat mengurangkan berat badan untuk kesihatan.
 
“Saya sudah mula bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan semenjak beberapa bulan lalu. Saya juga ke gimnasium dan bersenam di bawah pengawasan jurulatih kecergasan.
 
“Alhamdulillah, setakat ini saya sudah turun sebanyak 18 kilogram. Sebelum ini, berat badan saya adalah 120 kilogram dan sekarang berat badan saya sudah mencapai 108 kilogram.
 
“Saya mengurangkan berat badan untuk kesihatan dan menambah keyakinan apabila beraksi di atas pentas. Jika sebelum ini saya rasa tak selesa serta sering mengah-mengah dan semput, sekarang ia mula hilang selepas mengamalkan gaya hidup sihat,” kata Ippo.
 
Tambah pelantun lagu Kekal Bahagia ini, dia mahu mengurangkan lagi sebanyak 20 kilogram untuk mencapai berat badan ideal.
 
“Impian saya adalah untuk mencapai berat badan dalam lingkungan 80 ke 85 kilogram agar sesuai dengan tubuh badan serta ketinggian saya.
 
“Saya akan terus mengamalkan senaman dan aktif untuk mengeluarkan peluh. InsyaAllah, sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, saya mahu capai sasaran tersebut,” katanya lagi.
 
Dalam perkembangan terbaru, Ippo sedang giat mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul Rahsia Tuhan.
 
Lagu tersebut menjadi salah satu lagu runut bunyi untuk drama bersiri Tiada Arah Jodoh Kita. – Teks oleh: Kamaruddin Razal
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here