Dunia Star Wars jadi nyata di taman tema Star Wars: Galaxy's Edge

0
96
Advertisement

PEMINAT dunia Star Wars ada satu lagi impian baru untuk dipenuhi — iaitu berkunjung ke taman tema Star Wars!

Taman tema itu bakal merealisasikan serta menghidupkan segala aksi yang dipapar di dalam filem sebelum ini ke dunia nyata.

Umum mengetahui keterujaan peminat, Disney beberapa hari lalu mengeluarkan video dron, bagi menunjukkan perkembangan pembinaan taman tema itu, yang dikenali sebagai Star Wars: Galaxy’s Edge.

Dengan keluasan hampir 7 hektar, video berkenaan menunjukkan pembinaan di Anaheim Disneyland Park, termasuk perancah yang menjulang tinggi.

Kawasan ini akan berubah menjadi planet Batuu, pangkalan di pinggir galaksi yang merupakan pusat pengembara dan penyeludup di seluruh alam semesta.

Kewujudan taman tema ini diumumkan pada 2015 dengan pembinaannya secara rasmi bermula pada April 2016.

Tarikan terbaru yang dibina di dalam Taman Tema Disneyland di Anaheim dan Disney World di Orlando, dijadual dibuka kepada pengunjung pada 2019.

Kedua-dua taman ini akan memberi pengunjung peluang menaiki Millenium Falcon untuk mengikuti misi rahsia dan mengalami pertempuran antara ‘First Order’ dan ‘The Resistance’.

Selain menampilkan dua permainan ikonik, taman tema ini turut menawarkan pengalaman membeli belah.


 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here