Dunia tinggal '2 minit' lagi sebelum musnah! – Saintis

0
30
Advertisement

SEKUMPULAN saintis telah menggerakkan jarum Jam Kemusnahan ke depan dari dua minit 30 saat kepada hanya dua minit menghampiri waktu 12 tengah malam.

Ini menandakan dunia sekarang berada di kedudukan paling hampir dengan kemusnahan.

Jam Kemusnahan itu adalah simbolik jarak masa dunia kepada kemusnahan planet yang dicipta sejak tahun 1947 oleh sekumpulan cendekiawan di Universiti Chicago, Amerika Syarikat.

Pergerakan jarum itu dibuat selepas melihat pemimpin-pemimpin dunia sejak kebelakangan ini mula mengeluarkan ancaman serta perang berkaitan senjata nuklear.

Menurut kajian Bulletin of Atomic Scientist, perubahan jarum masa ini dilakukan menjadi indikator kepada bencana-bencana alam yang berlaku.

Malah, menurut mereka, jarum masa tersebut sudahpun bergerak ke depan sejak Donald Trump memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), tahun lalu.

Tambahan mereka, ia juga merupakan jarak masa paling hampir dengan kemusnahan dunia sejak 1953..

“Kenyataan retorik dan tindakan provokasi dari kedua-dua pihak telah meningkatkan lagi kemungkinan berlakunya perang nuklear secara sengaja ataupun tidak,” kata kumpulan itu merujuk kepada program nuklear Korea Utara, dan tindakbalas Trump terhadapnya.

Faktor perubahan jarum Jam Kemusnahan tersebut juga disebabkan oleh risiko bahaya yang tidak menentu dengan perubahan iklim dunia.

Bagaimanapun, melihat secara keseluruhan, saintis turut menyifatkan fenomena yang berlaku adalah disebabkan kegagalan Trump dalam proses diplomasi.

“Diplomasi antarabangsa telah merosot disebabkan penggunaan kata-kata negatif lantas memberi kesan kepada keselamatan dunia,” kata ahli santis seperti dipetik Reuters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here