Dustin Hoffman dituduh cabul artis bawah umur

0
27

PELAKON Hollywood terkemuka Dustin Hoffman dituduh melakukan serangan seksual ke atas rakan artis pada tahun 1985.

Pelakon berusia 80 tahun itu dituduh melakukannya terhadap Anna Graham Hunter di set penggambaran ‘Death of a Salesman’ ketika mangsa berusia 17 tahun.

Hunter mendakwa Hoffman merabanya sambil menyatakan keinginan melakukan seks bersama remaja itu.

Pemenang Oscar yang popular melalui filem “Tootsie” dan “Rain Man” itu tampil memohon maaf di atas perbuatannya dan berkata perlakuannya itu walau bagaimanapun tidak menggambarkan dirinya yang sebenar, lapor The Hollywood Reporter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here