Duta Myanmar nafi dakwaan pembersihan etnik di Rakhine

0
43

NEW YORK: Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan dakwaan pembersihan etnik berlaku di utara Rakhine.

Hau Do Suan berkata ini merupakan dakwaan yang serius dan hanya boleh diutarakan dengan bukti yang kukuh.

“Tuan Presiden, biar saya perjelaskan, tidak berlaku penghapusan etnik, tiada genosid. Pemimpin Myanmar yang telah lama berusaha ke arah kebebasan dan hak asasi manusia sama sekali tidak akan mendukung polisi sebegitu.

“Kami akan lakukan segalanya untuk menghalang penghapusan etnik dan genosid,” kata Do Suan.

Tambahnya, pelarian ke Bangladesh akan dibenarkan pulang ke Myanmar selepas proses pengesahan dijalankan.

Namun pihak PBB sebelum ini berkata tindakan tentera Myanmar menjurus ke arah pembersihan etnik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here