Dutch Lady Malaysia raikan Hari Susu Sedunia dengan 10 ribu pek susu percuma

0
616
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dengan sasaran untuk menyebarkan kebaikan minuman susu, Dutch Lady Malaysia meraikan Hari Susu Sedunia tahun ini dengan menyediakan 10,000 pek susu kepada murid-murid sekolah rendah.

Acara sambutan hari ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar, Subang Jaya, dimana trak-trak susu Dutch Lady telah dilancarkan dengan rasmi untuk menghantar susu Dutch Lady ke sekolah-sekolah.

Bercakap semasa majlis perasmian, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata bahawa tahun 2018 menandakan ulang tahun ke-55 syarikat Dutch Lady dalam membekalkan nutrisi yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

“Misi kami sepanjang 55 tahun yang lalu adalah untuk membekalkan nutrisi kepada negara ini. Beberapa generasi rakyat Malaysia telah membesar dengan susu Dutch Lady sepanjang tempoh ini dan mereka kemudiannya memilih jenama kami untuk diberikan kepada anak-anak mereka.

“Ini telah memberikan kami motivasi yang lebih tinggi untuk membekalkan warga Malaysia dengan nutrisi yang lebih baik yang boleh diperolehi daripada susu,” kata Gupta.

Tambahnya, Hari Susu Sedunia merupakan sambutan yang sangat penting untuk Dutch Lady Malaysia kerana ia meraikan sumbangan penting sektor tenusu terhadap, kemapanan, pembangunan ekonomi, kehidupan dan pemakanan.

Tetapi yang lebih penting lagi adalah sambutan ini meraikan kepentingan susu sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

Memandangkan sekarang adalah bulan Ramadan, beliau turut berkongsi kelebihan susu dalam bulan puasa.

“Susu dan buah kurma merupakan pasangan makanan yang sempurna untuk bersahur semasa Ramadan. Selain daripada memberi nutrisi yang seimbang, susu dan kurma boleh membantu memberi tenaga sepanjang hari semasa Ramadan kepada mereka yang berpuasa,” katanya.

Sambutan bermula dengan meriah bermula di Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar, di mana trak-trak susu Dutch Lady yang berwarna biru telah dilancarkan untuk memulakan perjalanan menghantar 10,000 pek susu bernutrisi ke sekolah-sekolah rendah

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Ketua Sektor Perancangan Strategik, Cyril Christopher Singgam, Kementerian Pendidikan dan para pengetua SK Dato’ Jaafar Onn, SJK (C) Tun Tan Cheng Lock dan SJK (T) Tun Sambanthan serta tiga buah sekolah wawasan di Subang Jaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here