Duterte 'akur' arahan Trump, nyanyi lagu cinta

0
19

MANILA: Presiden Amerika Syarikat sering didakwa menggunakan kekuasaan dan pengaruhnya untuk meminta negara-negara kecil agar akur dan patuh kepada permintaan beliau.

Kali ini, Presiden Donald Trump ‘memaksa’ Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk menyanyikan lagu bergenre romantik berjudul “Ikaw” yang bermaksud “Kamu” dalam Bahasa Melayu.

Lagu itu pada asalnya dinyanyikan Pilita Corrales sempena majlis makan malam meraikan pemimpin negara yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Filipina.


Source: YouTube AP Feed

Duterte kemudian berdiri dan mula menyanyi bersama-sama sehingga lagu itu habis.

Dengan nada berseloroh, Duterte berkata beliau menyanyikan lagu itu atas ‘arahan’ Presiden Trump.

Ini bukan kali pertama Duterte menyanyikan lagu berkenaan di khalayak ramai, malah beliau pernah menyanyikan lagu sama ketika lawatannya ke Kemboja sebelum ini.

Trump hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila.

Malaysia diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here