Duterte dakwa militan penggal kepala ketua polis

0
53


GAMBAR fail, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berucap ketika tiba di Davao dalam lawatan kerjanya ke China pada 16 Mei lalu. – Foto AFP

MANILA: Militan yang melancarkan serangan di seluruh bandar raya di selatan Filipina memenggal kepala seorang ketua polis tempatan, kata Presiden Rodrigo Duterte.

“Ketua Polis Malabang dalam perjalanan pula, apabila dihalang di pusat pemeriksaan oleh pengganas dan saya rasa mereka memancung beliau di sana,” kata Duterte.

Beliau juga mempertimbangkan untuk melanjutkan undang-undang tentera ke beberapa bahagian lain di negara itu bagi memerangi militan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here