Duterte enggan bincang dengan pemberontak

0
45


RODRIGO Duterte . – Foto Reuters

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kini mengubah pendirian dan enggan berbincang dengan puak pemberontak yang masih bertempur dengan tentera di bandar Marawi, Mindanao, selatan Filipina.

Sehubungan itu, beliau bertekad menghapuskan militan Daesh daripada negara ini.

Minggu lalu, beliau dilapor mahu berbincang dengan militan Maute untuk mengelak lebih banyak kematian orang awam dan kerosakan harta benda.

“Saya tidak akan berbincang dengan pengganas,” katanya ketika berucap kepada tentera di Davao City, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here