Duterte jadikan rogol bahan jenaka

0
31


PRESIDEN Rodrigo Duterte. – Foto EPA

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte membuat jenaka baharu mengenai rogol hari ini, apabila beliau mengucapkan tahniah kepada perogol yang melakukan jenayah itu walaupun tahu dia akan mati.

Duterte yang bermulut celupar itu membuat jenaka berkenaan dalam ucapan kepada diplomat Filipina di bandar raya Davao ketika mempertahankan perang terhadap jenayah yang sudah meragut ribuan nyawa sejak beliau berkuasa tahun lalu.

“Apa yang saya tidak suka ialah kanak-kanak dirogol. Anda boleh cari pasal dengan, mungkin Ratu Universe.

“Mungkin saya akan mengucapkan tahniah kerana berani merogol seseorang apabila tahu kamu akan mati kerana jenayah kamu, ” katanya, menegaskan perogol akan dihukum mati.

Ia adalah siri jenaka terbaharu Duterte yang secara terbuka mengaku mempunyai wanita simpanan dan kerap membuat kenyataan seksual mengenai wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here