Duterte jadikan rogol jenaka

0
61



WAJARKAH seorang pemimpin negara seperti Presiden Filipina Rodrigo Duterte membuat jenaka dengan berkata tentera boleh merogol sehingga tiga wanita ketika undang-undang tentera dilaksanakan sekarang dan beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya jika ia berlaku?

AFP melaporkan, Duterte membuat kenyataan itu ketika berucap di sebuah kem tentera bagi menaikkan semangat tentera yang sedang berperang dengan militan Islam di Mindanao, hari ini.

“Pelaksanaan undang-undang tentera ini dan akibat pelaksanaannya, saya dan saya seorang akan bertanggungjawab. Buat tugas anda, saya akan uruskan yang lain.

“Saya rela dipenjarakan kerana anda. Jika anda merogol tiga (wanita), saya akan kata saya yang buat,” katanya.

Duterte, 72, yang memenangi pilihan raya presiden tahun lalu, sering menggunakan bahasa kasar.

Undang-undang tentera amat sensitif kepada rakyat Filipina yang puluhan tahun hidup dalam ketakutan ketika era diktator Presiden Ferdinand Marcos yang melaksanakan undang-undang itu pada 1972.

Ia menyebabkan berlaku salah guna kuasa oleh pasukan keselamatan, termasuk tentera yang melakukan penahanan tanpa didakwa, penyeksaan, rogol, mangsa hilang dan pembunuhan.

Salah guna kuasa tidak berakhir sepenuhnya walaupun selepas udang-undang tentera ditarik balik pada 1981 sebelum Marcos digulingkan pada 1986.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here