Duterte lengkap setahun pemerintahan

0
179
Advertisement



Manila: Pemerintahan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte genap setahun semalam namun pemimpin itu tetap popular walaupun dasarnya termasuk kempen memerangi dadah serta hubungan luar penuh dengan kontroversi.

Duterte dikritik hebat selepas kempen memerangi dadah yang dilancarkannya meragut ribuan nyawa dan dia kini berdepan kumpulan militan yang menawan Marawi di selatan negara itu.

Pemimpin berusia 72 tahun itu juga menukar dasar luar dengan mengecam sekutu tradisi, Amerika Syarikat (AS) dan pada masa yang sama menjalinkan hubungan rapat dengan China serta Russia.

Walaupun pemerintahan Duterte penuh dengan rintangan, rakyat Filipina masih teguh menyokongnya dengan beberapa tinjauan pendapat mendapati 75 peratus berpuas hati dengan prestasi pemimpin itu.

“Rakyat suka lelaki ini,” kata pengarah bahagian sosiologi dan antropologi di Universiti Ateneo di Manila, Ricardo Abad yang merujuk gaya pemerintahan Duterte.

“Rakyat mungkin tidak bersetuju dengan dasar Duterte atau mungkin sikapnya terhadap mereka, tetapi kerana mereka menyukainya, rakyat akan cenderung mempercayainya,” katanya.

Pihak asing mengetahui keghairahan Duterte dalam kempen memerangi dadah selepas pemimpin itu berkata, dia gembira membunuh jutaan penagih dadah.

Bagaimanapun, ramai rakyat Filipina tidak mengendahkan kenyataan Duterte itu sebaliknya hanya melihat seorang pemimpin yang rendah diri, menentang golongan berkuasa dan bersimpati dengan nasib rakyat.

Rakyat juga menyokong tindakan ekstrem Duterte untuk membuat perubahan di seluruh peringkat masyarakat yang gagal ditangani pemimpin terdahulu.

“Duterte membawa gaya kepemimpinan baru yang mungkin rakyat anggap apa yang mereka perlukan,” kata profesor Edmund Tayao, pensyarah sains politik di Universiti Santo Tomas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here