Duterte terus cetuskan kontroversi

0
45


Presiden Rodrigo Duterte ketika membuat lawatan terhadap anggota tentera yang tercedera dalam pertempuran dengan militan di bandar Marawi, Bandar Iligan, Filipina. – Foto Reuters

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte terus mencetuskan kontroversi apabila berjenaka anggota tentera boleh merogol tiga wanita.

Duterte membuat komen itu secara berseloroh ketika memberi jaminan sokongan penuh beliau kepada pasukan itu di bawah undang-undang tentera, yang bertujuan memerangi ancaman keganasan militan.

“Biar saya yang bertanggungjawab, apapun kesan daripada undang-undang ini. Anda lakukan tugas anda, biar saya uruskan yang lain.

“”Saya akan dipenjarakan kerana kamu..dan jika kamu merogol tiga wanita, saya akan katakan saya yang lakukannya,” katanya.

Duterte melaksanakan undang-undang tentera, Selasa lalu di sseluruh selatan Mindanao sebagai reaksi kepada serangan dilancarkan militan di bandar raya itu.

Katanya, militan merancang menubuhkan kerajaan khalifah di seluruh Mindanao, yang dihuni 20 juta penduduk dan undang-undang tentera satu-satunya cara menghapuskan pemberontakan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here