E-dagang, cara terpantas satukan negara-negara ASEAN – Qi Group

0
31

KUALA LUMPUR: E-dagang merupakan cara terpantas untuk menyatukan negara-negara ASEAN, kata Pengerusi Eksekutif QI Group, Datuk Seri Vijay Eswaran.

“Misalnya, seseorang di Phnom Penh boleh membeli barangan atau perkhidmatan dari Bandung. Ia mungkin dibuat di Manila, dan dihantar melalui perkhidmatan kurier atau platform dalam talian dari Singapura ke Phnom Penh.

“Khidmat pelanggan bagi produk fizikal mungkin di Kuala Lumpur dan pembungkusannya dibangunkan di Myanmar. Itu adalah Asean,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Oleh itu, Vijay menggesa usahawan di rantau ini menerima dan menggunakan sepenuhnya teknologi dan Internet of Things (IoTs) untuk menjadi lebih kompetitif.

Selain itu, katanya peraturan yang lebih progresif akan meningkatkan lagi pertumbuhan e-dagang.

“Kerajaan perlu menggalakkan pasaran bebas dan usaha ke arah setara.

“Ia adalah keseimbangan yang kerajaan perlu dapatkan antara perkongsian awam-swasta dan membenarkan undang-undang berkembang daripadanya,” katanya. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here