Ed Sheeran umum pertunangan

0
118
Advertisement

PELANTUN lagu Perfect, Ed Sheeran, kini telah menemui cinta sejatinya.

Menerusi satu entri di akaun Instagram, Sheeran mengumumkan pertunangannya dengan kekasih hatinya, Cherry Seaborn.

Sheeran memaklumkan, dia melamar Seaborn sebelum tahun baru yang lalu, dan mereka “sangat gembira dan dilamun cinta”.

Pasangan itu sudah berkenalan sejak di sekolah menengah lagi, namun hubungan mereka dilaporkan mula serius sejak 2015.

Pada tahun 2016, Sheeran yang ketika itu mengambil keputusan untuk berehat daripada aktiviti nyanyian, menghabiskan masanya dengan menjelajah dunia bersama Seaborn, seorang pemain hoki kebangsaan England.

“Inilah kali pertama saya benar-benar dapat peluang untuk jatuh cinta.

“Dan buat kali pertama, saya rasa sudah bersedia untuk membina keluarga bersamanya,” kata Sheeran dalam satu temuramah, tahun lalu.

Sheeran sebelum ini pernah membuat pengakuan bahawa lagu Perfect diinspirasikan daripada kisah cintanya dengan Seaborn.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here