Edry hijrah ke luar negara demi anak autisme

0
69
Advertisement

RAMAI peminat kumpulan KRU yang yang melahirkan rasa sedih apabila Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan bahawa kumpulan tersebut akan dibubarkan selepas konsert terakhir mereka pada  4 hingga 6 Mei depan.

Menjelaskan mengenai pembubaran kumpulan ini antara sebab lain adalah kerana Edry yang mahu ke luar negara untuk memberi perhatian kepada anaknya yang merupakan anak autisme.

“Malaysia tiada sekolah khas untuk autisme dan anak ketiga saya itu sudah nak masuk 11 tahun namun masih belum boleh bercakap. Cikgu di sekolahnya suruh kami hantar ke sekolah lain.

“Perkara itu buat saya berfikir bahawa saya gunakan banyak masa ajar orang menyanyi tapi anak sendiri masih tak boleh bercakap.

“Penghijrahan itu untuk anak-anak,” ujarnya kepada mStar Online.

Mengikut perancangan mereka sekeluarga akan ke Eropah selepas hari raya Aidilfitri.

Edry berkahwin dengan Mulia Mohammed pada November 1999.  Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here