"Eh eh, dia belit pula kaki ni" – Umie Aida cerita detik geli bawa ular

0
26
Advertisement

PELAKON filem Dukun, Datin Seri Umie Aida akui tidak mudah untuk berjalan sambil membawa dua ekor ular sebagai gimik filem tersebut di Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) yang berlangsung pada Ahad.

Menurut Umie, membawa dua ekor ular seberat 50 kilogram merupakan cabaran besar buat dirinya.

“Ini bukan pasal takut ular, takut memanglah tapi bila dah pegang malas nak fikir takut.

“Yang sukarnya berat dua ekor ular tu, 50 kg. Lebih comel, seekor ular suka belit kaki, payah me nak jalan. #dukun #ame2018 #akhirnyakitabertemu @kazamapetsstore,” tulisnya diakaun Instagram semalam.
Dalam pada itu, program MeleTOP juga ada berkongsi sedutan pendek detik Umie yang memegang ular berkenaan ketika berada di belakang pentas.

Video yang dirakam oleh pihak MeleTOP itu dikongsi menerusi Instagram @meletop.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 500,000 kali.
  
Terdahulu, Umie Aida telah muncul secara tiba-tiba dengan memakai kebaya merah dan membawa dua ekor ular sawa sewaktu pertengahan acara AME2018.

Selain lampu dimalapkan, kemunculan Umie disertakan juga dengan runut bunyi filem Dukun menambahkan lagi mood seram.

Foto: Instagram @umieaida9 / @meletop

Teks oleh: Mya Amri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here