Ekambi perkasa Villarreal

0
9
Advertisement



MADRID: Penyerang kebangsaan Cameroon, Karl Toko Ekambi menandatangani kontrak lima tahun untuk menyertai Villarreal dari Angers, umum kelab La Liga itu, semalam.

Pemain berusia 25 tahun kelahiran Paris itu dinamakan sebagai pemain terbaik Afrika dalam Ligue 1 musim lalu.

Dia dijangka diperkenalkan petang ini.

Villarreal menganggap Toko Ekambi, yang memulakan kariernya di kelab kurang terkenal Paris FC, kini dalam divisyen dua Perancis, sebagai “seorang daripada pemain sensasi dalam bola sepak Eropah musim lalu.”

Laporan media di Perancis dan Sepanyol menyebut perpindahannya itu bernilai sekitar 20 juta euro (RM94 juta).

Dia beraksi 17 kali buat Cameroon, menjaringkan dua gol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here