Ekonomi digital perlu dimanfaatkan untuk kekal relevan

0
15

KUALA LUMPUR: Syarikat di Malaysia harus memanfaatkan peluang yang ditawarkan menerusi ekonomi digital bagi membolehkan mereka kekal relevan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan, organisasi perniagaan sedia ada perlu melakukan transformasi digital sebagai persediaan terhadap cabaran pada masa hadapan.

Pada masa sama beliau menggesa syarikat tempatan mengambil pendekatan proaktif mendigitalkan produk yang ditawarkan selari dengan perkembangan teknologi semasa.

“Ekonomi digital hanya menakutkan jika kita tidak mengadaptasinya ke dalam organisasi kita.

“Ekonomi digital mampu membuka satu dunia baru, di mana ia tidak mempunyai sempadan dan semua platform boleh diaplikasikan untuk mendapat manfaat,” kata Datuk Rohana.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Ketua Pelajar ke-11 Majlis Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here