Ekonomi Malaysia tumbuh 6.2 peratus pada suku ketiga

0
27

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara terus mengekalkan momentum pertumbuhan memberangsangkan, dengan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus bagi suku ketiga 2017.

Ini berbanding pertumbuhan 5.6 peratus dan 5.8 peratus bagi suku pertama dan kedua 2017, serta 4.3 peratus pada suku ketiga 2016.

Menurut Bank Negara Malaysia, permintaan dalam negeri terus menjadi enjin utama pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya perbelanjaan sektor swasta.

Inflasi keseluruhan turut menurun kepada 3.8 peratus, didorong oleh inflasi pengangkutan yang lebih rendah.

Selain itu, sektor perkhidmatan tumbuh 6.6 peratus, perkilangan 7.0 peratus, pertanian 4.1 peratus, perlombongan 3.1 peratus, dan pembinaan 6.1 peratus.

BERITA LANJUT MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here