Elak perbalahan

0
77



Monaco: Lewis Hamilton (gambar) berkata, dia akan cuba mengelak daripada terbabit dengan perang psikologi sepanjang bersaing dengan Sebastian Vettel tahun ini apatah lagi kedua-dua pelumba itu hanya dibezakan dengan jumlah mata yang kecil di setiap perlumbaan.

Selepas mendahului sesi ujian bebas untuk aksi di Grand Prix Monaco minggu ini, pelumba Britain berusia 32 tahun itu tidak pernah sunyi daripada ‘perbalahan’ dengan sesiapa saja.

Hamilton pernah berperang dengan rakan sepasukan yang juga juara 2016 Nico Rosberg dan kedua-duanya saling tuduh menuduh sekali gus menyukarkan pihak pengurusan Mercedes.

Tetapi musim ini, juara dunia tiga kali itu tegas mengatakan bahawa dia mahu muncul juara tanpa ada sebarang perbalahan sebaliknya mahu semua pihak menumpukan perhatian terhadap kemampuannya di litar.

“Saya mahu dia (Vettel) berada pada tahap terbaik setiap kali berlumba dan saya tidak berniat untuk bermain perang psikologi dengannya kerana ia mungkin menjejaskan tumpuan,” kata Hamilton.

“Saya mahu menewaskannya dalam keadaan dia bersedia sepenuhnya kerana jika itu berlaku, ia pasti lebih seronok berbanding saya menang dalam keadaan mindanya terganggu.”

Hamilton ketinggalan enam mata di belakang Vet
tel dan kedua-duanya menjadi tumpuan pada perlumbaan di Monaco minggu ini.

Ketika perlumbaan musim ini berbaki 15, Hamilton percaya prestasi, pengalaman serta kekuatan mental yang dimilikinya akan memainkan peranan penting.

Dia membuktikan kata-katanya itu dengan mendahului sesi ujian dengan catatan satu minit 13.425 saat sambil menggunakan tayar lembut Pirelli dan catatan itu melegakan Mercedes yang bimbang mereka bakal tergugat apabila jarak antara tayar depan dan belakang mereka jauh lebih panjang berbanding pasukan lain pada perlumbaan kali ini.

Hamilton-
Vettel dijangka bersaing sengit minggu ini sambil Valtteri Bottas, Max Verstappen dan Daniel Ricciardo cuba menyelit antara kedua-dua bekas juara dunia berkenaan.

Sesi ujian kelmarin berlangsung tanpa sebarang insiden besar cuma jentera Esteban Ocon terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika sesi kedua di sebelah petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here