Elfira Loy, Sufian Suhaimi bertunang Oktober ini

0
40

PELAKON Elfira Loy, 23, mengesahkan bakal bertunang dengan kekasihnya, Sufian Suhaimi pada Oktober ini.

“InsyaAllah saya dan Sufian akan melangsungkan pertunangan pada Oktober ini di kediaman keluarga saya.

“Namun pihak keluarga kami masih belum menetapkan tarikh sebenar majlis tersebut.

“Saya hanya menyerahkannya kepada keluarga saya untuk menetapkan tarikh itu nanti.

“Bagaimanapun, sehingga kini saya belum membuat apa-apa persiapan untuk majlis tersebut tapi saya dan ibu akan mula menguruskannya tidak lama lagi,” katanya kepada Astro Gempak.

Elfira ditemui selepas sidang media Maydan yang memperkenalkan dia, Fazura dan Fattah Amin sebagai duta di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Terdahulu menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan mengatakan pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini.

Sementara itu, tentang tarikh perkahwinan mereka, Elfira akui masih belum ada perancangan rapi mengenainya.

“Apa-apa perancangan selanjutnya seperti majlis perkahwinan dan sebagainya akan dibincangkan pada hari pertunangan kami nanti,” katanya lagi.

Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira beberapa bulan lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram love.elfiraloy
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here