Elon Musk mohon maaf

0
148
Advertisement



WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, meminta maaf kepada penyelam gua Britain yang membantu membawa keluar 12 remaja Thailand dan jurulatih mereka dari gua kerana menggelar beliau ‘pedo’, menarik balik komen yang mengundang kemarahan antarabangsa.

Kenyataan Musk itu turut menyebabkan saham Tesla merudum seketika.

Musk memohon maaf semalam kepada Vernon Unsworth, yang berusaha menyelamatkan pasukan bola sepak ‘Wild Boar’ dan menolak rancangan hartawan Amerika Syarikat itu untuk mengeluarkan mangsa dari gua menggunakan kapal selam mininya.

“Tindakannya ke atas saya tidak mewajarkan kenyataan saya terhadapnya, dan saya memohon maaf kepada Unsworth dan kepada syarikat yang saya wakili sebagai ketua.

“Ia kesalahan saya semata-mata,” katanya dalam Twitter.

‘Pedo’ adalah singkatan kepada perkataan pedofilia.

Kemarahan luar biasa Musk terhadap Unsworth dikecam hebat, menimbulkan kebimbangan berhubung kepemimpinan usahawan itu susulan siri serangan media terdahulu ke atas penganalisis, wartawan dan pekerja Wall Street.

Perbalahan dengan Unsworth bermula selepas pakar gua Britain itu menyifatkan rancangan Musk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam gua Tham Luang sebagai ‘lakonan’.

Menurut Unsworth, rancangan menggunakan peralatan mengeluarkan remaja menerusi terowong sempit, berbelit dan dinaiki air ‘tidak akan berjaya’. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here