Elvina Mohamad sah jadi isteri Datuk Haniff

0
726
Advertisement

PELAKON Elvina Mohamad, 23 tahun, sah bergelar isteri kepada usahawan juga selebriti permotoran Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana di Taman Mahsuri Courtyard, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada pukul 3.27 petang.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad dan Mohd Haniff dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Pengantin perempuan menerima RM700 sebagai mas kahwin dan senaskhah Al-Quran sebagai wang hantaran berserta tujuh berbalas sembilan dulang.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 jemputan yang terdiri daripada keluarga, kenalan rapat pengantin dan teman media.

Pasangan ini berkenalan pada sekitar dua tahun lalu mulai rapat sejak setahun lalu sebelum mereka membuat keputusan untuk ke jinjang pelamin kira-kira tiga bulan lalu.

Pada majlis itu, pasangan pengantin memakai busana putih rekaan Inderaloka dan solekan oleh Sakinah.

Majlis resepsi pasangan yang bertemakan Fairytale akan diadakan pada 24 Mac ini jam 8 malam di lokasi sama.

Pasangan ditunangkan terlebih dahulu sebelum bernikah dalam satu acara ringkas. Majlis berinai pula berlangsung pada malam 16 Mac lalu di A Park, Puchong, Selangor dengan bertemakan Bollywood.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here