'Emery terbaik buat Arsenal'

0
314
Advertisement



LONDON: Arsenal melakukan pembelian terbaik ketika jendela perpindahan apabila melantik jurulatih Sepanyol, Unai Emery sebagai pengurus baharu kelab itu, kata bekas pemain sayapnya, Robert Pires.

Kelab utara London itu memilih Emery, yang juga bekas pengurus Sevilla dan Paris St Germain bagi menggantikan legenda mereka, Arsene Wenger, Mei lalu.

Pengendali berusia 46 tahun itu tidak menunggu lama untuk menjalankan tugasnya dan sudah pun membawa masuk lima pemain baharu bagi menambah kekuatan The Gunners.

“Pembelian terbaik bagi saya adalah Unai Emery. Sudah tentu saya percaya dengan pemain, terutama pemain yang baharu,” kata Pires yang beraksi di bawah kendalian Wenger selama enam tahun dari 2000 ke 2006.

“Dia menang di Sepanyol. Dia menang di Perancis. Dia mempunyai banyak pengalaman dan saya mempercayainya dan dia akan mencapai kejayaan bersama kelab.”

Pemain antarabangsa Uruguay, Lucas Torreira dan pemain muda, Matteo Guendouzi menjadi pembelian terbaru Arsenal manakala pemain tengah, Jack Wilshere meninggalkan kelab untuk menyertai seteru London, West Ham United.

Emery mengemudi pasukannya buat pertama kali ketika Arsenal mencatat kemenangan 8-0 ke atas kelab divisyen lima, Boreham Wood pada aksi persahabatan, Sabtu lalu.

Mereka bagaimanapun akan mengharungi ujian lebih getir menentang gergasi Sepanyol, Atletico Madrid dan juara Perancis, Paris St Germain dalam kejohanan pramusim di Singapura, minggu depan.

Antara tugasan yang diberikan kepada Emery adalah memperbaiki kedudukan keenam yang diraih Arsenal dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim lalu selain memperbaiki perjalanan mereka di Liga Europa.

 

SHARE
Previous articleBibi redha nasib TRW
Next articleIbu Taison diculik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here