Empangan air semakin kering, Afrika Selatan berdepan krisis air

0
121
Advertisement

GRABOUW: Disebabkan perubahan iklim dan kurangnya taburan hujan, empangan di Afrika Selatan kini berdepan risiko kekurangan air dan kering.

Empangan Theewaterskloof mengalami penurunan paras air yang mendadak.

Theewaterskloof merupakan takungan terbesar di Cape Town, menyediakan kira-kira separuh bekalan air di bandar itu berada dalam keadaan kritikal apabila paras air turun mendadak kepada 13 peratus.

Jika keadaan ini berterusan, dijangkakan dalam tempoh 100 hari bandar Capa Town yang dihuni 4 juta penduduk boleh kehabisan air.

Situasi yang dinamakan Day zero ini boleh disaksikan menerusi imej satelit yang diberikan oleh pihak NASA.

Jelas dapat disaksikan takungan yang begitu besar mula mengering setelah tiga tahun mengalami kekurangan hujan.

Cape Town bergantung kepada enam takungan utama untuk mendapatkan air minuman dan jumlah paras air keenam-enam takungan ini ialah 870,000 megaliter.

Namun kini jumlah takungan terus menyusut dan berada di tahap membimbangkan.

Disebabkan krisis ini, Cape Town melancarkan sekatan kepada warganya untuk mengelakkan berlakunya situasi Day Zero.

Jika sebelum ini penduduk Cape Town dibenar menggunakan sekitar 87 liter air sehari, namun kini ia diturunkan kepada 50 liter air sehari sahaja.

Ini memaksa ramai penduduk di sana mencari sumber air semulajadi dan mengisi air dalam botol untuk menambah bekalan di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here