Enam cedera dalam insiden tembakan rambang di Itali

0
113
Advertisement

MACERATA: Enam orang dilaporkan cedera dalam insiden tembakan rambang di bandar Macerata, Itali pada Sabtu.

Bagaimanapun, suspek Luca Traini, 28 tahun berjaya ditahan polis dan siasatan mendapati, dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Menurut polis ketenteraan Itali, kesemua enam mangsa merupakan warga asing dan motif tembakan tersebut masih disiasat.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik agensi berita Itali ANSA, suspek menutup badannya dengan bendera Itali semasa ditahan polis.

Datuk Bandar Macerata, Romano Carancini berkata insiden tembakan rambang itu berlaku selama dua jam dan salah seorang mangsa menghadapi kecederaan parah.

Carancini turut mengesahkan bahawa kesemua mangsa adalah berkulit hitam dan insiden ini dipercayai berkait rapat dengan insiden pembunuhan Pamela Mastropietro 18 tahun minggu lepas diĀ  Macerata.

Insiden ini berlaku ketika kempen pilihan raya yang hangat membincangkan isu sentimen anti warga asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here